Tuesday, February 16, 2010

Kita & Ibu

Jasa ibu cukup besar dalam hidup kita, semoga kita menghargainya dan membalasnya jika berkesempatan...INSYALLAH.

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan kita sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak nak ! tak nak!

Apabila kita berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun,ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita ke mana sahaja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh kita membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun kepadanya.

Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk ke IPTA. Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan mengangkat beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata "itu bukan urusan ibu."

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata,"saya tak mahu jadi seperti ibu."

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan kita perabot untuk rumah bujang kita, kita kata pilihan ibu tidak cantik, tak berkenan di hati kita.

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut,"ibu,tolonglah! jangan campur urusan itu.
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu, sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak balik.

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Berita itu bagai petir menusuk di pancaran naluri hati. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu satu persatu kita menyesali.

Menjadi sikap manusia menyedari akan kepentingan sesuatu apabila benda itu tiada lagi dengan kita, apabila kita telah kita telah kehilangannya.sedarlah sebelum terlambat. IBU bapa mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah sehingga Allah memerintahkan kita berbuat baik kepada mereka selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Islam menyanjung tinggi kedudukan ibu sehingga memberi penghargaan istimewa terhadap pengorbanan ibu kepada anak. Ibu insan paling banyak menanggung penderitaan demi kelangsungan hidup anak. Pengorbanan wanita bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Segala kesusahan ketika hamil dan kesakitan melahirkan sukar digambarkan, tetapi tiba-tiba boleh menjadi kegembiraan apabila mendengar tangisan pertama anak. Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak dan melayani ibunya dengan baik. Islam juga mengharamkan anak melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaan ibunya. Pendek kata, ibu ialah insan paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak selaras pengorbanan yang dilakukannya.