Tuesday, January 26, 2010

Cinta oh Cinta

Kisah ini berlaku pada kurun ke-15, ketika Andalus di ambang kejatuhan. Kerajaan Nasrani ingin menjatuhkan Andalus. Maka, mereka menghantar mata-mata atau spy untuk melihat keadaan anak muda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu pun berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu mata-mata Nasrani itu pun pergi ke arah pemuda yang sedang menangis lalu bertanya mengapa dia menangis.. Dan pemuda itu menjawab,

"Aku menangis kerana kalau dahulu satu panah ku mampu untuk mengenai 2 sasaran... tetapi kini satu panah ku hanya mampu untuk mengenai satu sasaran sahaja."

Lalu mata-mata Nasrani itu pulang ke tempatnya dan memberitahu kepada pemimpinnya bahawa Andalus belum sedia untuk diperangi. Selepas beberapa tahun, kerajaan Nasrani mengahantar kembali mata-mata untuk mengintip keadaan pemuda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu terlihat seorang pemuda sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu, mata-mata tersebut menghampiri pemuda itu dan bertanya mengapa dia menangis.. Lalu pemuda itu menjawab...

"Aku menangis kerana kekasih hatiku telah meninggalkan aku."

Maka, mata-mata itu pulang dan memberitahu bahawa kini, Andalus sedia untuk diperangi. Maka pada tahun 1492, kota Andalus yang berusia lebih 700 tahun itu telah musnah di tangan orang-orang Nasrani di saat ketika pemuda-pemudanya hanyut dengan cinta monyet ini.

Mutiara Kata Imam Al-Ghazali

1. Barangsiapa yang memilih harta dan anak–anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, nescaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar.

2. Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam–jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana takutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin.

3. Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba – hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya.

4. Berani adalah sifat mulia kerana berada diantara pengecut dan membuta tuli.

5. Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada diantara bakhil dan boros.

6. Bersungguh–sungguhlah Engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.

7. Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah mesti di pelihara dan di pupuk, suburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya.

8. Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia adalah manusia mulia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.

9. Hadapi kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan nampakkan sikap angkuh dan sombong.

10. Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan.

Wednesday, January 20, 2010

Teladan Jiwa

LEMBU: Hai anjing, apa habak? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Contoh teknik kaunseling yang diguna pakai bila berdepan dengan manusia jenis Bodoh Sombong.

ABU HANIFAH DAN HUJJAH AQLI

Dalam kedamaian kota Baghdad, Imam Abu Hanifah keletihan. Keletihan menyampaikan siri pengajian kuliah ilmu hadis yang menjadi rutin harian beliau yang dihadiri ribuan murid.

Selesai menyampaikan kuliah tersebut, Imam Abu Hanifah bersandar di salah sebuah tiang masjid Baghdad sambil mulutnya terkumat kamit berzikir. Menunggu masuknya waktu solat Fardu zohor.

Beliau tidak berehat di rumah, malah jika tidak menyampaikan kuliah pun, beliau pasti akan hadir awal ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah seperti yang dianjurkan oleh Nabi SAW.

Imam Abu Hanifah memahami hadis Nabi SAW yang berbunyi;

صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya;
“Solat Jemaah itu lebih afdhal berbanding solat bersendirian sebanyak 27 kali darjat”

***

“Allahu Akbar, Allahu Akbar…”

Kedengaran suara azan bergema keluar dari mihrab muazzin masjid Baghdad yang berada disebelah kanan mimbar masjid. Suara merdu muazzin masjid Baghdad itu menyebabkan hati Imam Abu Hanifah sayu, mengingatkan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam usaha membebaskan manusia dari belenggu kejahilan.

Selesai azan dikumandangkan, Imam Abu Hanifah terus bangun untuk menunaikan solat sunat zohor Qobliyyah. Selepas menunaikan solat sunat, solat zohor secara berjemaah ditunaikan dengan beliau sendiri menjadi imam.

Selesai dari berdoa selepas menunaikan solat berjemaah itu, ramai yang bersalaman tangan dengan Imam Abu Hanifah. Tidak ketinggalan juga, mereka yang sempat berpeluk dengan beliau, dengan harapan mahu menumpang berkat. Beliau tidak menghampakan mereka, malah memberikan layanan yang baik terhadap mereka yang menghormati beliau.

Kemudiannya, beliau menunaikan solat sunat zohor Ba’diyyah pula. Selepas solat sunat, beliau berzikir ringkas dan berdoa yang nampaknya agak panjang sedikit.

Selesai berdoa, Imam Abu Hanifah mahu bangun untuk pulang kerumah; untuk berehat. Belum sempat beliau bangun, segerombolan orang-orang berfahaman Khawarij yang tinggal di Baghdad telah datang dan menghunuskan pedang mereka ke tengkok Imam Abu Hanifah.

“wahai Abu Hanifah, kami ingin bertanya kepada kamu dua persoalan. Kalau kamu memberi jawapan yang memuaskan hati kami, kami akan lepaskan kamu. Tetapi, jika kamu memberi jawapan yang tidak memuaskan hati kami, kami akan memancung kepala kamu” mereka memulakan perbicaraan dengan nada yang agak kurang ajar dan keras.

Golongan khawarij adalah golongan yang mendakwa bahawa tidak ada istilah syurga bagi orang yang berdosa besar. Pada mereka, orang yang berdosa besar adalah kafir, sepertimana kafirnya orang-orang yang menyembah berhala, lantaran itu, mereka meletakkan satu keyakinan, orang yang berdosa besar adalah ahli neraka.

Melihat kepada pedang yang terhunus, disamping suara keras yang mereka ungkapkan itu, menyebabkan sedikit gementar wujud dalam diri Imam Abu Hanifah.

Makanya, beliau berkata, ”tolong sarungkan pedang kamu itu, kerana ia menyebabkan hatiku terganggu dari menjawab soalan-soalan yang kamu mahu kemukakan nanti”

”Mana mungkin kami mahu menyarungkan pedang ini, sedangkan kami berkeyakinan bahawa kami akan mendapat pahala yang cukup besar jika kami ”menyarungkan” pedang ini ke tengkok kamu” jawab mereka degil dengan nada yang sombong.

Kebiadapan yang ditunjukkan itu, menyebabkan lahir perasaan berani dalam diri Imam Abu Hanifah. Dengan seberani pendekar, Imam Abu Hanifah bersuara, ”kalau macam tulah kehendak kamu, hunuskan pedang itu ketengkokku dan kemukakan dua soalan yang kamu mahukan itu”

Mendengar sahutan bernada berani Imam Abu Hanifah itu, maka mereka mula bertanya, ”dua orang jenazah; satunya, seorang lelaki yang minum arak lalu dia mati dalam keadaan dia mabuk. Dan satu lagi, seorang perempuan yang mengandung anak zina, lalu mati sebelum dia bertaubat. Apakah kedua-dua orang ini kafir atau muslim?”

Tujuan mereka bertanya dengan soalan ini adalah untuk mendengar jawapan Imam Abu Hanifah yang bermazhab Ahli Sunnah wa Al-Jamaah tentang status kedua-dua jenazah itu sebagai muslim, sedang perkara ini berbeda sama sekali dengan fahaman mazhab Khawarij yang beranggapan orang yang berdosa besar itu adalah kafir. Justeru, dua soalan yang ditimbulkan itu, sememangnya dengan tujuan, mereka mahu memenggal kepala Imam Abu Hanifah.

Pun begitu, mendengar soalan dari golongan khawarij itu, menyebabkan Imam Abu Hanifah bersuara.

”daripada puak manakah dua manusia itu?” soal Imam Abu Hanifah. ”apakah mereka itu dari kalangan yahudi, atau nasrani?” sambung beliau lagi.

”tidak” jawab golongan khawarij itu serentak.

”kalau begitu, sudah pasti mereka berdua dari kalangan majusi?” soal Abu Hanifah lagi.

”pun tidak” jawab mereka serentak.

”kalau mereka bukan yahudi, bukan nasrani dan bukan majusi. Agama apa dua-dua manusia itu?” tanya Imam Abu Hanifah memprovokasi.

Serentak mereka menjawab, ”mereka beragama Islamlah !!”

Sambil tersenyum, Imam Abu Hanifah menjawab, ”nampaknya kamu sendiri memberikan jawapannya”.

Mereka berpandangan sesama mereka. Pun begitu, masih tidak berpuas hati, menyebabkan salah seorang dari kalangan mereka bersuara.

”apakah kedua-dua itu ahli syurga, ataupun ahli neraka?”

Sekali lagi sambil tersenyum Imam Abu Hanifah menjawab.

”aku tidak boleh menentukan status seseseorang, sama ada dia ahli syurga atau ahli negara. Pun begitu, aku mahu berkata sepertimana berkatanya Nabi Ibrahim A.S seperti yang Allah firmankan dalam Al-Quran;

فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya;
” barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

(Surah Ibrahim : 36)


Juga aku berkata seperti berkatanya Isa A.S menerusi firman Allah dalam Al-Quran;

إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Maksudnya;
”Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(Surah Al-Maidah : 118)


Sekali lagi golongan khawarij itu berpandangan sesama mereka. Lalu mereka terus mengakui kebenaran hujjah dari Imam Abu Hanifah dan seterusnya bertaubat dan menjadi murid kepada Abu Hanifah.

Sekian

p/s : kisah ini adalah olahan dari nukilan kitab Tarikh At-Tasyri’, muka surat 275.

Wallahu ’Alam

Belajar Hikmah Cara Socrates

Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”

“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai” jawab Socrates.

Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.

“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?” katanya.

“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.

“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air” tegas Socrates.

Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan.

Terdesak!

Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.

“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?” tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.

“Engkau nak bunuh akukah?” geram benar bunyinya.

“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?” tanya Socrates.

“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!” jawabnya tegas.

“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda” kata Socrates.

“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku” tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey]