Tuesday, January 26, 2010

Cinta oh Cinta

Kisah ini berlaku pada kurun ke-15, ketika Andalus di ambang kejatuhan. Kerajaan Nasrani ingin menjatuhkan Andalus. Maka, mereka menghantar mata-mata atau spy untuk melihat keadaan anak muda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu pun berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu mata-mata Nasrani itu pun pergi ke arah pemuda yang sedang menangis lalu bertanya mengapa dia menangis.. Dan pemuda itu menjawab,

"Aku menangis kerana kalau dahulu satu panah ku mampu untuk mengenai 2 sasaran... tetapi kini satu panah ku hanya mampu untuk mengenai satu sasaran sahaja."

Lalu mata-mata Nasrani itu pulang ke tempatnya dan memberitahu kepada pemimpinnya bahawa Andalus belum sedia untuk diperangi. Selepas beberapa tahun, kerajaan Nasrani mengahantar kembali mata-mata untuk mengintip keadaan pemuda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu terlihat seorang pemuda sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu, mata-mata tersebut menghampiri pemuda itu dan bertanya mengapa dia menangis.. Lalu pemuda itu menjawab...

"Aku menangis kerana kekasih hatiku telah meninggalkan aku."

Maka, mata-mata itu pulang dan memberitahu bahawa kini, Andalus sedia untuk diperangi. Maka pada tahun 1492, kota Andalus yang berusia lebih 700 tahun itu telah musnah di tangan orang-orang Nasrani di saat ketika pemuda-pemudanya hanyut dengan cinta monyet ini.

No comments:

Post a Comment